BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 19 Oktober 2009

Jika Kau UBah FikIRan - M!La..





Lagu terbaru daripada mila -Jika kau ubah fikiran. Lagu nie aku suka sebab rentak dan melodinya agak segar. Tapi akulah bukanlah peminat dia sgt pun, aku nie jenis suka semua lagu yang rancak. So layan........

Selasa, 13 Oktober 2009

Syahzan



Masa belek2 gambar lama, ternampak lah video syahzan nie. masa tu tak silap baru jer 7/8 bulan. Anak aku sorang nie mulut tak bunyi sgt, sampai sekarang bercakap pun tak lagik dah nak masuk 3 tahun dah. Aku dah bawak jumpa doktor pakar tak der masalah katanya. Bawak jugak berubat kg camtu jugak. cakap2 tu cakaplah tapi bahasa dia jer. Orang cakap dia faham tapi nak kuar ayat dari mulut dia nak susu ker nak makan ker jgn haraplah. setengah org cakap, biarkan ajer. nanti dia pandai jugak. Aku jugak yang makin risau dibuatnya. Tgk anak org lain baru 1 tahun lebih dah petah bercakap. Kekadang fikir, kurang bercakap kurang dosanya. hehehhe pujuk hati sendiri. Insyaallah, aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk anak2. Tgk video nie teringat aku, masa tu pelik sungguh rasanya, camner dia leh kuar nie. aku masukkan tak sampai 5 minit kat dapur dia dah ada kat lantai. ingat dia meloncat atau jatuh ker. upa2nya camni dia buat kuar dari situ. erm.... saba jerlah aku. Telatah anak yang macam nie lah buat hidup kekadang begitu sempurna dan bahagia. Alhamdulillah.

Wendy's Burger





Tgklah gambar burger nie, best kan. En faiz ajak aku lunch, aku ajak ija joint sekali. Puas difikir2 nak makan apa, last2 en faiz ajak gie makan wendy's burger kat ioi Puchong. aku ok jer. Kalau kuar lunch ngan en faiz macam biasalah semuanya fast food. Anak mat salleh celoplah katakan. aku anak mohd salleh pun tahu makan nasi. hehehhe.sampai2 jer kat wendy's burger aku dan ija ngan gelojohnya nak 1/2 Double with Cheese. wah.. nak yang beso jer. Sekali dapat, mak aii... beso giler burger dia. aku ingat size dia sama macam kat Mc D. Rasa nak muntah aku nak habiskan semua. last2 tarik diri, tak leh nak makan dah. Ija yang berusaha sedaya upaya pun x habis. En faiz apa lagik, ambik kesempatan membebel kitaorg. Disebabkan dia belanja so tahan telinga jerlah... janji pasnie tak buat lagik. huk huk huk. sampai kemalam aku kekenyangan dan rasa nak muntah.

Isnin, 12 Oktober 2009

SeLamAT PenGAnt!n BarU.....











Selamat pengantin baru Nizam dan pasangannya. Dah kawin adik ipar aku nie. Kenduri di buat di melaka, sebab adik ipar aku nie maklong dia jaga dari kecil sampailah sekarang. Masa nikah kat johor aku ngan hubby tak dapat joint sebab umah tak siap so kitaorg pergi hari kat melaka jerlah. Ramai jugak sedara hubby aku datang. Meriah jugak lah sebab dah lama tak buat kenduri beso nie. Lepas jer selesai sanding, aku ngan hubby aku balik. Ingat nak jalan2 kat Melaka kejap tapi hampeh. Semua tempat yang aku nak pergi, tah mana2 hubby aku bawak, dia penat + mengantuk so memang mengecewakanlah. Aku apa lagik muncung tak hingat sampai kerumah. Lainkali aku nak pergi melaka dan jalan puas2. Sabo jerlah....

Isnin, 28 September 2009

AkU Yg tGh bOSaN.... (^^,)







sUaSAna Har! rAYa......





















Tahun nie aku memang seronok beraya, maklumlah tahun lepas beraya kat sg. besi tahun nie turn aku lak. Adik beradik semua ada tahun nie, meriah sungguh umah mak aku. Pagi raya mak aku kejut awal, dia tersilap tgk jam. Baru kul 4.30am dia kata dah kul 5.30. Adoiyaiiiii hijau biru bijik mata aku, dah lah tido lambat. sabo jerlah. Lepas jer dah berkumpul kitaorg adik beradik seisi bergambar macam biasa, tahun nie bergambar sakan. Lepas tu beraya umah paklong (bapak baru aku lerrr...). umah dia tak jauh, so jalan kaki jer kitaorg. Apapun tahun nie memang syokk sgt, tapi paling tak best kena balik awal sebab umah aku kan tak siap lagik, takut tinggal lama2, kang ada penghuni lain lak yang dok kat situ. hehehehhehe tak saba umah nak siap.... :P

Selamat hari raya.....






Selamat hari raya aku sekeluarga ucapkan. Ampun maaf dipinta jika ada tersalah atau terkasar bahasa. Semoga di hari yang mulia nie kita sama2 mendapat keberkatannya....