BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 13 Oktober 2009

Syahzan

video

Masa belek2 gambar lama, ternampak lah video syahzan nie. masa tu tak silap baru jer 7/8 bulan. Anak aku sorang nie mulut tak bunyi sgt, sampai sekarang bercakap pun tak lagik dah nak masuk 3 tahun dah. Aku dah bawak jumpa doktor pakar tak der masalah katanya. Bawak jugak berubat kg camtu jugak. cakap2 tu cakaplah tapi bahasa dia jer. Orang cakap dia faham tapi nak kuar ayat dari mulut dia nak susu ker nak makan ker jgn haraplah. setengah org cakap, biarkan ajer. nanti dia pandai jugak. Aku jugak yang makin risau dibuatnya. Tgk anak org lain baru 1 tahun lebih dah petah bercakap. Kekadang fikir, kurang bercakap kurang dosanya. hehehhe pujuk hati sendiri. Insyaallah, aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk anak2. Tgk video nie teringat aku, masa tu pelik sungguh rasanya, camner dia leh kuar nie. aku masukkan tak sampai 5 minit kat dapur dia dah ada kat lantai. ingat dia meloncat atau jatuh ker. upa2nya camni dia buat kuar dari situ. erm.... saba jerlah aku. Telatah anak yang macam nie lah buat hidup kekadang begitu sempurna dan bahagia. Alhamdulillah.

0 ulasan: