BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 25 Oktober 2009

Minum PeTaNG, SponSor By K'T!na



Aku diajak oleh akak tina untuk mengular petang tu. hehehhehe Aku pada mulanya begitu suci menolak pelawaan tersebut kerana masih byk kerja yang perlu dilakukan. Tetapi apabila telah diasak dan diganyang oleh kak tina beberapa kali, aku pun pasrah mengikutnya. hehehhehehehe boleh ker buat cerita macam tu. kalau kak tina tahu, betul2 aku diganyangnya. ampunnnnn kak tina. Kitaorg pun pergilah di hassan cafe untuk memenuhi permintaan kak tina yang agak lapar ketika itu. Apapun thank kak tina belanja kitaorg minum petang, walaupun khiru dan roy merasa rugi tidak makan dengan bayk kerana dari awal tak tak tahu niat kak tina nak belanja. hehehehe pandai kak tina.

P!zza Hut.....@ aLamanDa






Aduh.. lamanya tak makan pizza. Last makan pizza masa kuar nak nyambut puasa dulu. tupun en faiz yang belanja. Kali nie, aku ngan ija plak belanja dia. Kira membalas budi lah nie (maknanya aku nie jenis mengenang budi kan, kan, kan)hehehehhe. Kitaorg gie makan kat alamanda, punyalah byk pilihan sampai tak tau nak makan apa dah. Last2 aku pilih pizza sebab aritu nak belanja anak2 ngan hubby aku makan pizza terbantut sebab pizza kat semenyih tu macam hampeh dia nyer servis. Buat sakit hati jer. Masa menunggu nie pun lama btul tapi tak per sebab aku dan ija dapat macam2 ilmu hitam dari en faiz, sampai ija dan aku belajar sesuatu hehehhehehe. tak leh bagitau nanti ija marah hehehehhe. yang tak tahan, en faiz kalau bercerita ker tergelak ker tak der cover dah. punyalah kuat sampai aku ngan ija hampir hilang keayuan kat situ, hehehhe ayu sgt ler tu. Erm..... sabo jerlah.

Jamuan Raya ESCU







Cuba teka bulu tangan sapa nie. hahahhahahha




Jamuan raya lagik. puasa sebulan raya pun sebulan ekkk. Tapi masalah nyer puasa tak cukup pun sebulan. hehehhe camnooo tu. Nie jamuan raya dari unit aku. Kira penutup rayalah pasni tak der dah. Jamuan nie dibuat lepas meeting unit. Mak aii ramai nyer staff escu, sampai aku tak leh nak fokus ucapan bos. fokus sgtlah konon... bos dok berucap aku ngan zaza sok sek sok sek. hehehhehe biasalah tu kan, tak leh nak nak fokus lah katakan. huk huk huk. Lepas jer meeting kitaorg apa lagik serbu.... makan,dan target aku adalah kek secret recepi sponsor by abg saiful hehehehhe. Unit aku kalau bab makan tak leh tunggu2. dulu kalau unit lama leh rileks lagik makanan tak habis. ini kalau dok rileks2 tingal serbuk, maklumlah staff ramai jejaka tampan yang kuat makan. hehehhehe, Nak ajak unit lain joint pun dah tak sempat dah.Ok lah geng dah tak der citer raya2 lagik dah. Insyaallah umur panjang kita berjumpa ramadhan tahun depan.Amin.....

Selasa, 20 Oktober 2009

Jamuan Raya HCM

Nie plak jamuan raya di HCM. Walaupun aku bukan lagik staff HCM, keahlian aku di HCM masih lagik akttif. Tahun nie HCM buat besar-besaran. Siap ada coklat pusing tu. Aku masak simple jer, janji hasil tangan tu ada. So malas arr nak citer byk kauorg layan jerlah kemeriahan majlis dan keanggunnan kitaorg nie, (yang paling anggun akulah, walaupun kauorg tak setuju. huk huk huk).



Orang-orang kuat HCM.Pilihlah yang mana berkenan, aik kak ton pun ada. hehehhehe

Fieda, kenapa kau tembam sgt. hehehhehe jgn marah ek

Aku yang rajin melayan tetamu. Yang baju oren tu, tetamu jugak ker....hehehehhe

Cian ija, tetap bagi pose yang terbaik walaupun demam. Tapi sorry to say ekkk tetap tak dapat lawan aaaakak kaunie. heheheheh

Sapa lagik lentok dan manja. tak yah jawab, jawapannyer mestilah aku. sorry ekkk kaklin, berusaha lagik tahun depan.


Best tak kitaorg nyer menu. Berselerakan... siap ada ulam2 lagik tu. Disediakan oleh ratu ulam HCM sapa lagik kalau bukan aziah. Sampai ceo pun terpegun sebab ada ulam jantung. hehehehe

Aku yang buat-buat rajin.

Begitu teruk sekali upanya bos bukak lemang. caiyok caiyok.

Fieda menunjukkan cara2 potong lemang dengan betul. mulut ngan tangan sama jalan, tu yang tak tahan tu.( bukan aku pun sama ker hehehehhe)

Open House

Open House oh open house. tahun nie syukur sgt, byk aku dapat jemputan open house, tu belum kira open office lagik. tapi byk aku tak dapat joint. Jgn marah lah ekkk sapa2 yang aku tak dapat pergi tu, aku kalau hari sabtu memang malas nak kuar rumah sebab byk benda aku nak settlekan. maklumlah kalau time kerja tu dapat mengemas ala kadar jer tapi hari sabtu adalah hari menyental sedunia (rajin aku nie tau, huk huk huk). antara rumah2 yang aku dapat joint tahun nie



Rumah Boss HCM.

Dah macam umah terbuka Rnd dah, ramai staff rnd yang ada. teruja tgk umah boss, aku simpan angan2 jerlah nak umah macam tu. Yang herannya, umah terbuka tu umah bos tapi ramai yang datang suruh aku jemput diorg masuk tak ker pelik. Bos pun dah jeling semacam jer, agaknya dalam hati nie umah aku ker umah sue nie. Aku plak yang lebih2 layan tetamu, nasib baik ada pertalian kalau tak maun aku kena nyah.. dari situ. Apapun2 tima kasih bos.


Baby Girl Kak Farah yang terbaru. Comelkan.... tapi semua ingat anak aku. hehehhehe serupa ker :P



Rumah adik ipar aku

Aku gagahkan diri untuk menghadirkan diri yang agak berapa malas nie. Janji ngan hubby aku pergi tghari pastu dia call suruh gie petang padahal aku dah siap2 nak gie. Erm biasalah janji melayu... (aku bukan melayu ker..). Ingat lepas gie umah adik ipar aku nak terus pergi umah nirwana, tapi apakan daya aku hanya mampu merancang tuhan yang menentukan (syadisnya ayat), sebab aku kena ringankan tulang aku tuk menolong adik ipar aku.(baik akukan, pujilah ckit).





Jamuan Raya Tmrnd

Tahun nie jamuan raya dikongsi bersama2 tm yang lain. Setiap tm ada gerai sendiri dan gerai tmrnd adalah gerai kambing panggang.(kambing en zul azree tau. kambing manjang). Bos plak cakap last minit suruh gubah gerai, so aku dan wanita2 yang tak berapa tulen dari HCM turun padang untuk menaikan seri gerai. Hilang kejap glemer kitaorg, nasib baik tak makeup lagik. kalau tak tertanggal bulu mata palsu aku.hehehhehe (bukan bulu mata kambing tu tau...). Bila bab makan, kitaorg tak pandang belakang dah, sebab favourite menu aku ada, apalagik kalau bukan satey... hehehehe best nyer. lagik best bila nak makan ada jer org tukang ambikkan. hehehehe thank yerkkk kengkawan.


Pengembala dan pembakar kambing hehehhehe

Wah.... merah mak ngahhh ehh bukan dua2 maksue..


apsal semua ambik gambar kepala senget, memang minah senget lah kauorg nie hehehhe jgn marah :p

Isnin, 19 Oktober 2009

Jika Kau UBah FikIRan - M!La..

video



Lagu terbaru daripada mila -Jika kau ubah fikiran. Lagu nie aku suka sebab rentak dan melodinya agak segar. Tapi akulah bukanlah peminat dia sgt pun, aku nie jenis suka semua lagu yang rancak. So layan........

Selasa, 13 Oktober 2009

Syahzan

video

Masa belek2 gambar lama, ternampak lah video syahzan nie. masa tu tak silap baru jer 7/8 bulan. Anak aku sorang nie mulut tak bunyi sgt, sampai sekarang bercakap pun tak lagik dah nak masuk 3 tahun dah. Aku dah bawak jumpa doktor pakar tak der masalah katanya. Bawak jugak berubat kg camtu jugak. cakap2 tu cakaplah tapi bahasa dia jer. Orang cakap dia faham tapi nak kuar ayat dari mulut dia nak susu ker nak makan ker jgn haraplah. setengah org cakap, biarkan ajer. nanti dia pandai jugak. Aku jugak yang makin risau dibuatnya. Tgk anak org lain baru 1 tahun lebih dah petah bercakap. Kekadang fikir, kurang bercakap kurang dosanya. hehehhe pujuk hati sendiri. Insyaallah, aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk anak2. Tgk video nie teringat aku, masa tu pelik sungguh rasanya, camner dia leh kuar nie. aku masukkan tak sampai 5 minit kat dapur dia dah ada kat lantai. ingat dia meloncat atau jatuh ker. upa2nya camni dia buat kuar dari situ. erm.... saba jerlah aku. Telatah anak yang macam nie lah buat hidup kekadang begitu sempurna dan bahagia. Alhamdulillah.

Wendy's Burger





Tgklah gambar burger nie, best kan. En faiz ajak aku lunch, aku ajak ija joint sekali. Puas difikir2 nak makan apa, last2 en faiz ajak gie makan wendy's burger kat ioi Puchong. aku ok jer. Kalau kuar lunch ngan en faiz macam biasalah semuanya fast food. Anak mat salleh celoplah katakan. aku anak mohd salleh pun tahu makan nasi. hehehhe.sampai2 jer kat wendy's burger aku dan ija ngan gelojohnya nak 1/2 Double with Cheese. wah.. nak yang beso jer. Sekali dapat, mak aii... beso giler burger dia. aku ingat size dia sama macam kat Mc D. Rasa nak muntah aku nak habiskan semua. last2 tarik diri, tak leh nak makan dah. Ija yang berusaha sedaya upaya pun x habis. En faiz apa lagik, ambik kesempatan membebel kitaorg. Disebabkan dia belanja so tahan telinga jerlah... janji pasnie tak buat lagik. huk huk huk. sampai kemalam aku kekenyangan dan rasa nak muntah.

Isnin, 12 Oktober 2009

SeLamAT PenGAnt!n BarU.....











Selamat pengantin baru Nizam dan pasangannya. Dah kawin adik ipar aku nie. Kenduri di buat di melaka, sebab adik ipar aku nie maklong dia jaga dari kecil sampailah sekarang. Masa nikah kat johor aku ngan hubby tak dapat joint sebab umah tak siap so kitaorg pergi hari kat melaka jerlah. Ramai jugak sedara hubby aku datang. Meriah jugak lah sebab dah lama tak buat kenduri beso nie. Lepas jer selesai sanding, aku ngan hubby aku balik. Ingat nak jalan2 kat Melaka kejap tapi hampeh. Semua tempat yang aku nak pergi, tah mana2 hubby aku bawak, dia penat + mengantuk so memang mengecewakanlah. Aku apa lagik muncung tak hingat sampai kerumah. Lainkali aku nak pergi melaka dan jalan puas2. Sabo jerlah....