BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 4 Mac 2010

Let's Play.....





Nie ler keja anak2 aku, penat aku kemas umah tak sempat duduk lagik dah wat sepah... nie baru main belon belum mainan yg lain lagik camner aku tak meroyan selalu... sabo jerlah.

Isnin, 22 Februari 2010

jALAn @ Chinese NeW yEAr......










Masa cuti CNY, aku tak plan gie mana2, anak2 ikut kakak aku balik kg. tak sampai balik satu hari dia call aku kata mak nak datang sebab paklong nak jalan2 kat KLCC. aku ok jer... So ari isnin tu petang sikit kitaorg pun merewang ler kat KLCC, masyallah ramainya manusia, aku tak berapa suka sgt jalan klau org ramai2 sgt nie, rimas aku dibuatnya. Tambah plak shahzan beraksi ganas, lagik ler berkurang mood aku. Lepas jer jalan2 kat KLCC, paklong nak belanja makan, so mak ajak makan kat satey kajang.... Lagik sekali org punyalah ramai... eeee bencinya. nak duduk pun sampai gaduh2 berebut kerusi meja, masing2 dah macam tak der sivik. dah nampak org duduk kat situ lagik nak tarik meja org. aku pun dah bersedia macam nak berperang jer... Last2 disebabkan situasi yang tak dikawal dan aku mulai rimas mak ajak makan kat tempat lain.... erkkkk bersyukur sgt, tak suka aku makan nak gaduh2 sambil sesak2 macam tu. aku bawak tempat yang selalu aku ngan family makan. dan kitaorg pun dapat menikmati makanan dengan aman.... sekian.

p/s- di sebabkan network sekarang nie macam hampeh, so aku tak leh nak dwload gambar... lainkali lah ekkk kau org tatap keayuan aku nie. hehehhe

Rabu, 3 Februari 2010

Aku Yg TgH eMO......


Arghhhhhhhhhh.................................
nielah perasan aku sekarang, rasa nak jerit jer sekuat hati.tak tau lah naper tapi aku memang emo this week. Tapi yg menambahkan emo aku nie gara2 soalan b******g dari org yang tak reti bahasa. dah nampak muncung aku nie leh sangkut 3 cawan lagik nak wat lawak bodoh. Pleaseeee lah woiiii, tak nampak ker aku tgh emo nie.Aku pun tak tau naper aku emo sgt, mungkin kesan sampingan ubat batuk selsema aku, mungkin tak naik gaji lagik atau mungkin bulan nak mengambang. So aku mintak sangat2 lah nie klau tgk aku tgh muncung ala2 itik atau lebih lagik, jgn lah buat lawak bodoh ngan aku kang tak pasal2 jawab ngan kaki kang. Yang herannya bila aku emo mcm nie ramai plak nak beramah mesra ngan aku. arghhhhh.... bosan.

Dah lah nak kuar lunch, group unit nak belanja makan. harap pas makan nie aku tak emo lagik.

Gong X! Fa CHo!





Mari-mari beli limau, murah murah hehehehhe..

tgk gambar limau tu macam best jerkan.
Raya cina kan tak lama lagik, kembunglah perut aku asyik makan limau.Naper bagi limau tak bagi ang pau sekalikan kan kan . kan best kalau poket aku pun kembung jgak heheheheh. tapi nielah rezeki tuk harinie. Limau nie sponsor by Mr Yap tuk aku agih2kan pada sapa yg aku suka. hehehehe so sila bodek aku sekarang sebab aku byk limau. huk huk huk.

Kalau nak meh datang sekarang, sapa cepat dia dapat. aku tak heran sebab tuk aku di asingkan. hehehehhe jgn marah itu lah untungnya jadik aku.

Selasa, 2 Februari 2010

Doa Pendinding & Penggerak


“Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui”

Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi & petang 'Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi Maha Mengentahui' dibaca tiga kali (3X), maka tidak akan ada yang memudaratkannya” (Hadis Riwayat: At-Tirmizi)

Huraian:-
Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali (3X) di waktu pagi dan tiga kali (3X) di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

Cara / Kaifiat:-

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya,atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali (7X).

2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali (7X)bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya.

Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Duit Oh Duit




Duit memang satu keperluan yg paling beso dalam hidup didunia nie.KERNA......

KERNA DUIT
Manusia sanggup buat apa saja walaupun sanggup melanggar undang-undang dan melupakan amalan yg akan dibawa keakhirat

KERNA DUIT
Manusia boleh jadik riak, bongkak dan menghina org sesuka hati

KERNA DUIT
Manusia boleh menindaskan dan ditindaskan oleh orang lain

KERNA DUIT
Manusia boleh bergaduh, memutuskan talian persaudaraan serta kawan

KERNA DUIT
Manusia bertambah lalai untuk mengejar kemewahan dunia yang hanya sementara

KERNA DUIT
Kita boleh dihormati dan disanjungi oleh orang lain (kalau berduitlah)

KERNA DUIT
Boleh memberikan kebahagian dan kedukaan di dalam hidup

KERNA DUIT
Hidup kita selalu tak keruan

Boleh dikatakan kerna duit, manusia boleh jadik apa sahaja. Beerti duit begitu berkuasa didalam diri manusia. Begitu hebatnya duit.Tetapi, mereka hanya mencari duit dan bukan mencari keberkatan duit itu. Apa guna hidup banyak duit tetapi hidup tak bahagia, hati tidak senang, tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga kerna terlalu mencari duit. Memang tak dinafikan duit memang perlu didalam kehidupan yang semakin mencabar ini tetapi tiada guna jika kita tak berupaya manfaatkan kehidupan yang hanya sementara.

Ingatlah semua duit yang kita dapat hanya ujian dari ALLAH S.A.W, sikit dan byk hanya ALLAH yang tentukan. Kita hanya berusaha untuk mencari keberkatan dan duit yang HALAL.


p/S- Azam tahun nie jgak nak sifarkan semua hutang-hutang. Semoga dipermudahkan. Amin...

baL!k Kampung......


boleh tahan tul si kecik nie mandi... dah gigil2 pun masih nak main air lagik.



Seronoknya... main air.



Menyental daki ekkk kak. byk dapat... hehehhee




sempat lagik bagi pose.... maintain gitu hehehehhe


Sukanya dia makan KFC sambil2 bergosip ekkk kak

BaLik KamPuNG OOOO balik kampung. trip yg anak2 aku paling suka, apa taknya.. balik kg leh buat apa saja, tak der sapa nak larang. asyik main jer... aku pun seronok jugak selain dapat berjumpa ngan bonda yang tercinta dan suku sakatku. Lepas jer balik dari kenduri, tukar baju terus gie jenjalan kat bahau. akak aku nak berbelanja tuk anak dia. kitaorg pun dapatlah jugak habuan kfc seketul hehehehhe. dah penat jalan2 kat bahau balik jer umah tolong mak cabut bulu ayam jap (tu pun sebab mak dah muncung, kira ambik hati ler) terus gie jeram. anak2 aku tak yah cakap ler suka tak terkata. cuma tak sempat nak bawak anak aku syahzan jer sebab dia tido ngan ayah dia sekali. erm aku pun apa lagik... lagik panjang ler kaki nie melangkah. hehehhehehe