BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 1 Februari 2010

Ya AmpuNN.......

Hehehe excited korang tgk tajuk kat atas ekkk, kot2 lah ada tragedi berdarah ker tuk nak dikongsi. hehehehe tak der maknanya. perghhh lama giler tak update blog nie gara2 kemaruk ngan penangan facebook. erm aku pun dah rasa malas nak update semua nie, makin dilayan makin tak menjadi kerja aku. tapi nasib baik lah aku nie seorang yang pekerja yang berdedikasi (yer ker?) so istilah kerja tertunggak nie memang tak derlah. Apa pun aku update jugak semua yg ada dalam kamera aku nie, walaupun dah lama tapi tetap dalam ingatan.

Sebelum tu masih sempat lagik aku nak ucapkan selamat tahun baru pada u all. almaklumlah awal tahun aku selalu cuti lama sikit, so tak sempat nak wish dalam blog nie. azam tahun lepas ada jugaklah peningkatan dan ada juga yang dirancang tak menjadi. so aku harap2 tahun nie dipermudahkan.... amin.

Apa2 pun aku mendoakan agar perjalanan kehidupan kita pada tahun nie bertambah baik dan dimurahkan rezeki yang penuh diberkati, amin.

Ahad, 20 Disember 2009











KesIAN Anak2 aku nie, cuti sekolah nie aku tak sempat lagik nak bawak pergi jalan2. setakat jalan window shoping nie biasalah budak2 bukan suka sgt. Hujung cuti minggu lepas aku bawaklah gie mandi kolam yang berdekatan ngan umah aku tu, punyalah seronok sampai mandi lipat gitu... yang si kecik pun tak padan betul, punyalah susah aku ajak naik atas. menangis tak nak balik, sabar ekkk sayang, lainkali kita pergi lagik. ok








Latihan kebakaran di opis aku.Latihan nie dilakukan bagi melatih pekerja di saat kecemasan. aku yang di lantik menjadi first aider bersiap sedia menyelamat mereka yang memerlukan. tapi syukurlah tak der apa2 yang tak diingini berlaku. kalau betul2 aku tak tau lah, hehehhe aku nie takut darah lah jugak. silap haribulan aku balik yang kena diselamatkan. erm tak kisah lah, apa yang penting kerjasama hehehhe

HepY BEsDay Syg








Agak lama jugak aku tak update blog nie. almaklumlah hujung2 tahun nie byk hal nak kena buat. mana yang nak tutup akaun nyer, kerja lagik, shoping lagik dan cuti jer manjang...... hehehehe camni pun leh nak merungut ekkkk. ok lah aku updatekan jerlah apa yang ada dalam kamera aku nie ekkk tuk kenangan hari tua.Laayannn...

04/12/09 - Hari jadi anak aku yang Ke-3 dan tuk yang ke-3 tahun.(bila ekkk nak dapat adik plak, hehehehe). Hari jadik anak aku nie sama ngan anniversary aku yg ke 10thn. Perghhh lama tu, bukan calang2 angka tau. dalam menempuh kehidupan berumahtangga nie, tak dinafikan bayk sungguh halangan dan cabaran tuk dihadapi. Dugaan tu memang ada sampai ke akhir hayat cuma kita jer kena bijak menghadapinya. Erm... entahlah, yang penting aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang, dikeliling oleh anak2 yang semakin membesar dan menunjukkan byk cara dan ragam. Aku bersyukur apa adanya dan berharap angka perkahwinan ini terus bertambah sehingga akhir hayat... amin.

Isnin, 2 November 2009

F!sh ManHaTtAn @ ALaManDA

Wahhh... bestnyer dapat makan kat sini, hehehhe lagik best kalau ada yang sponsor. Teringin gak nak bawak family makan kat sini, tapi ongkosnya harus tebal pak.... Kalau makan kat sini dia punya kenyang sampai kemalam. Camner tak kenyang sampai kemalam, dia punya hidangan bukan dalam pinggan tapi dalam kuali tu. hehehehe ingat dulu2 masa kecik, kalau malas sgt aku suka makan nasi goreng dalam kuali kat dapur, membebel mak aku tgk perangai aku. hehehehe Layan....


Pilih kak jgn tak pilih. Macam susah jer buat pilihan...

Nie bukan model Fish Manhattan tau,

nie hidangan ikan salmon bukan salamon ekkkk

Nie makanan aku yang menambahkan lagik lemak di perut.... oh tidakk... diet sue diet

Air yang selalu melemahkan jiwa raga aku, tapi kenapa muka macam tu sekali as... lapo ekkk sabo sabo

Ahad, 25 Oktober 2009

Minum PeTaNG, SponSor By K'T!na



Aku diajak oleh akak tina untuk mengular petang tu. hehehhehe Aku pada mulanya begitu suci menolak pelawaan tersebut kerana masih byk kerja yang perlu dilakukan. Tetapi apabila telah diasak dan diganyang oleh kak tina beberapa kali, aku pun pasrah mengikutnya. hehehhehehehe boleh ker buat cerita macam tu. kalau kak tina tahu, betul2 aku diganyangnya. ampunnnnn kak tina. Kitaorg pun pergilah di hassan cafe untuk memenuhi permintaan kak tina yang agak lapar ketika itu. Apapun thank kak tina belanja kitaorg minum petang, walaupun khiru dan roy merasa rugi tidak makan dengan bayk kerana dari awal tak tak tahu niat kak tina nak belanja. hehehehe pandai kak tina.

P!zza Hut.....@ aLamanDa






Aduh.. lamanya tak makan pizza. Last makan pizza masa kuar nak nyambut puasa dulu. tupun en faiz yang belanja. Kali nie, aku ngan ija plak belanja dia. Kira membalas budi lah nie (maknanya aku nie jenis mengenang budi kan, kan, kan)hehehehhe. Kitaorg gie makan kat alamanda, punyalah byk pilihan sampai tak tau nak makan apa dah. Last2 aku pilih pizza sebab aritu nak belanja anak2 ngan hubby aku makan pizza terbantut sebab pizza kat semenyih tu macam hampeh dia nyer servis. Buat sakit hati jer. Masa menunggu nie pun lama btul tapi tak per sebab aku dan ija dapat macam2 ilmu hitam dari en faiz, sampai ija dan aku belajar sesuatu hehehhehehe. tak leh bagitau nanti ija marah hehehehhe. yang tak tahan, en faiz kalau bercerita ker tergelak ker tak der cover dah. punyalah kuat sampai aku ngan ija hampir hilang keayuan kat situ, hehehhe ayu sgt ler tu. Erm..... sabo jerlah.