




Akhirnya dapat jugak aku bawak anak2 aku berbuka kat hotel. Asyik aku jer makan sedap sorang2. Kali nie aku layan diorg makan puas2. Seronok aku tgk anak2 aku. Masing2 pun bawak keluarga, so boleh lah ambik kesempatan bersalam mesra, sebelum balik beraya. Terima kasih pada yang sponsor, semoga bisnes bertambah maju lagik. Amin....
Isnin, 28 September 2009
BerBuKa @ MaRR!OT HotEL,PutRAJayA...
Khamis, 17 September 2009
BerBukA @ bOULeVaRd HotEL, M!d VaLLeY






Berbuka puasa di Boulevard hotel, Mid Valley. Aku dapat invatation dari asiaXpress, invatation tu ngan bos2 jer, segan lah aku kalau nak gie. Last2 bos2 semua tak nak gie aku ajak lah sapa2 yang nak joint ngan aku. Dan nielah hasilnya, aku sorang jer pompuan tapi nasib baik hubby aku ada. Biasalah kalau makan ngan lelaki2 nie. Tak hingat dunia dah, penat aku tunggu diorg nie nak stop makan. Pilihan kali nie byk plak makin syokk lah diorg.
Isnin, 14 September 2009
ShanGr!L@ hOTeL, pUtrAjAYa....
HaS!L TanGanKU.....




Wah..... ini lah hasil kerajinan aku. hehehhehe puji diri sendirilah plak. raya nak glemer punya pasal, hijau biru bijik mata aku pun tak per. tah bila aku suka jahit manik nie. habis semua baju aku jahit, yang best suami aku bagi sokongan penuh. kalau aku sibuk menjahit dia jaga anak2 supaya tak kacau aku... Suka sgt dia tgk aku menjahit.
rESep! BarU SuaM!KU... ^(- _-)^
SeLaMat TinGGaL HcM.......





Aku dah tukar unit dari unit HR ke unit Engineering. Di hari-hari terakhir aku di HCM bos belanja makan di atas kepermegian aku....(mcm lah jauh sgt). Bak kata kak lin, aku pindah unit mana pun, tak der beza sebab semua unit kat RND nie unit aku. hehehhehe Seperti biasalah kalau bab makan nie, semua lepas geram. Lagik2 kalau bos belanja huhuhuk. Kalau kenangan masa makan, satu jer tak leh lupa. Ija mesti order air 2 gelas tu tak termasuk rasa air orang lain lagik...... hahahhaha tak per ja, kak sue tak kisah..... hehehehehe
Khamis, 10 September 2009
Beach VolleY BaLL
Aku ada game Beach volley ball, mula2 semangat giler nak lawan dan confrim leh menanglah sebab team wanita tak ramai. Hadiah lak menarik, tapi apakan daya last minutes pihak penganjur ubah jadual. Dia buat lak mix team, lawan group lelaki dan wanita. Aduhh... hancur harapan tuk menang. ramai jugak lah yang tarik diri, tapi kitaorg kuatkan semangat tuk berlawan. Semangat sukan lah katakan. First game lagik bertambah haru kitaorg kena lawan ngan team lelaki warga rnd. Tak kerrrr haru biru. Lagik bertambah runtuh semangat kitaorg, tapi tetap control cun. huk huk huk. 2nd game kitaorg lawan ngan team mana tah, aku tak hingat nama company dia tapi apa yang penting semuanyer lelaki cina. tapi kali nie kitaorg main dengan penuh semangat dan tercabar jugak lah diorg dengan kitaorg. Tetapi kudrat wanita tetap kalah ngan lelaki, itu hakikat yang terpaksa kitaorg terima. Walaubagaimana pun kitaorg enjoy masa game tu dan ramai yang ucapkan tahniah sebab kitaorg lawan dengan bersunguh-sungguh. Cayalah.......








