BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 2 Februari 2010

Duit Oh Duit




Duit memang satu keperluan yg paling beso dalam hidup didunia nie.KERNA......

KERNA DUIT
Manusia sanggup buat apa saja walaupun sanggup melanggar undang-undang dan melupakan amalan yg akan dibawa keakhirat

KERNA DUIT
Manusia boleh jadik riak, bongkak dan menghina org sesuka hati

KERNA DUIT
Manusia boleh menindaskan dan ditindaskan oleh orang lain

KERNA DUIT
Manusia boleh bergaduh, memutuskan talian persaudaraan serta kawan

KERNA DUIT
Manusia bertambah lalai untuk mengejar kemewahan dunia yang hanya sementara

KERNA DUIT
Kita boleh dihormati dan disanjungi oleh orang lain (kalau berduitlah)

KERNA DUIT
Boleh memberikan kebahagian dan kedukaan di dalam hidup

KERNA DUIT
Hidup kita selalu tak keruan

Boleh dikatakan kerna duit, manusia boleh jadik apa sahaja. Beerti duit begitu berkuasa didalam diri manusia. Begitu hebatnya duit.Tetapi, mereka hanya mencari duit dan bukan mencari keberkatan duit itu. Apa guna hidup banyak duit tetapi hidup tak bahagia, hati tidak senang, tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga kerna terlalu mencari duit. Memang tak dinafikan duit memang perlu didalam kehidupan yang semakin mencabar ini tetapi tiada guna jika kita tak berupaya manfaatkan kehidupan yang hanya sementara.

Ingatlah semua duit yang kita dapat hanya ujian dari ALLAH S.A.W, sikit dan byk hanya ALLAH yang tentukan. Kita hanya berusaha untuk mencari keberkatan dan duit yang HALAL.


p/S- Azam tahun nie jgak nak sifarkan semua hutang-hutang. Semoga dipermudahkan. Amin...

0 ulasan: