BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 2 Februari 2010

Doa Pendinding & Penggerak


“Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui”

Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi & petang 'Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi Maha Mengentahui' dibaca tiga kali (3X), maka tidak akan ada yang memudaratkannya” (Hadis Riwayat: At-Tirmizi)

Huraian:-
Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali (3X) di waktu pagi dan tiga kali (3X) di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

Cara / Kaifiat:-

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya,atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali (7X).

2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali (7X)bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya.

Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

0 ulasan: